AF Creative tawar khidmat penjenamaan, pembungkusan
KUALA LUMPUR - Reka bentuk dan corak pembungkusan sesuatu produk atau barangan memainkan peranan penting dalam memastikan produk berkenaan mendapat tempat dalam pasaran domestik dan antarabangsa.Menyedari kepentingan aspek itu, Pengasas AF Creative Resources (AF Creative), Amir Fauzi Hod telah menubuhkan sebuah entiti perniagaan yang menawarkan khidmat reka bentuk produk khas kepada golongan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di negara ini pada kadar mampu milik.
Beliau menerusi syarikatnya, telah menghasilkan lebih 100 jenis reka bentuk produk pembungkusan barangan untuk setiap peringkat perniagaan termasuk konglomerat sehingga ke usahawan kecil-kecilan.
"Penjenamaan dan pembungkusan produk adalah penting bagi PKS kerana ia memainkan peranan secara langsung dalam meningkatkan saluran pemasaran agar lebih efektif dan diterima pasaran.
"Malah pembungkusan yang menarik juga akan meningkatkan keyakinan seseorang pembeli terhadap sesuatu produk itu," katanya yang juga merupakan Pengarah Kreatif AF Creative kepada Kosmo! baru-baru ini.
Berhubung dengan kesedaran PKS terhadap kepentingan kualiti pembungkusan, Amir Fauzi berkata, tahap kesedaran mengenai perkara di kalangan pengusaha PKS masih rendah.
"Antara punca yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah pengusaha itu berasa kurang yakin atau kurang memahami kepentingan sesuatu pembungkusan.
"Selain itu, ada juga pengusaha yang tidak tahu cara untuk mendapatkan pembungkusan yang baik dan beranggapan ia melibatkan kos yang tinggi," jelasnya.
Bagi membantu pengusaha terbabit, AF Creative hanya mengenakan bayaran serendah RM1,000 bagi perkhidmatan penghasilan pembungkusan yang meliputi khidmat nasihat pemasaran, ciptaan logo produk, reka bentuk pembungkusan produk dan fotografi.
Selain itu, syarikat itu turut menawarkan khidmat percetakan pembungkusan dan pengiklanan produk berdasarkan keperluan pelanggan.
Sumber: Kosmo!
Kami telah pun mendapatkan khidmat nasihat serta kepakaran AF Creative. Alhamdullilah, ternyata AF Creative berjaya mengubah produk kami kepada yang lebih bermutu serta amat menarik dari segi design dan konsep.
ReplyDeleteAlhamdulillah....semoga perniagaan Tuan/Puan/Cik semakin maju dan tambah berdaya saing dalam pasaran.
ReplyDelete