Tuesday, September 28, 2010

RM2 juta untuk pusat servis baru

KUALA LUMPUR - MB Assyst Benz Services Sdn. Bhd. (MB Assyst) bakal melabur kira-kira RM2 juta untuk membuka sebuah lagi pusat servis, alat ganti dan sistem kenderaan Mercedes-Benz di Seri Kembangan dekat sini dalam tempoh dua tahun akan datang.

MB Assyst merupakan syarikat usahawan automotif miliki bumiputera sepenuhnya yang telah memulakan operasi sejak bulan Ogos 2004 dan kemudian diperbadankan menjadi syarikat sendirian berhad pada bulan Mei 2006.

Pusat itu akan menjadi lokasi terbaru MB Assyst untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki dan menyelenggara kenderaan penumpang termasuk pemeriksaan komputer unit kawalan elektronik (ECU) model Mercedes-Benz.

Turut dilengkapi di premis baru itu ialah dua set sistem pemeriksaan berkomputer untuk model kenderaan Mercedes-Benz dan BMW serta peralatan lain yang melibatkan tambahan pelaburan sebanyak RM1 juta.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nazri Hood berkata, buat masa ini, syarikatnya sudah memiliki sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan itu yang terletak di Bandar Putra Permai di sini.

Kosmo! difahamkan bengkel sedia ada di Bandar Putra Permai yang dikhaskan untuk membaikpulih dan servis model Mercedes-Benz menerima kira-kira 50 buah kenderaan setiap bulan.

"Pembukaan premis terbaru ini bertujuan untuk kami mengembangkan operasi perniagaan sedia ada serta menampung peningkatan kapasiti kenderaan pelanggan yang diterima di cawangan di Bandar Putra Permai," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Selain pusat servis tersebut, MB Assyst turut memiliki dua pusat membaiki dan servis semua jenis kenderaan penumpang masing-masing di Taman Lestari Perdana, Puchong dan di Bandar Pinggiran Subang di Shah Alam, Selangor.

Mengulas lanjut mengenai pusat terbaru itu, beliau berkata, sebuah akademi akan dibuka ditingkat atas bangunan berkenaan untuk menawarkan kursus membaik pulih model kenderaan Mercedes-Benz kepada pelajar yang berminat.

"Akademi itu dijangka memulakan sesi pengajian apabila bengkel baru itu beroperasi perniagaan dan kursus yang diadakan nanti berbentuk latihan praktikal selama dua tahun bagi setiap sesi," jelasnya.

Kata Nazri, peserta yang ingin menyertai kursus anjuran MB Assyst perlu menjalani temu duga dan mereka yang memiliki kelulusan daripada Institut Kemahiran Mara atau mempunyai latar belakang dalam bidang automobil digalakkan memohon.

Setiap pengambilan peserta kursus dihadkan di antara 20 orang sehingga 50 orang setiap sesi bertujuan memastikan tumpuan diberikan secara optimum.

Sumber: Kosmo!

7 comments:

  1. Mamat Nazri ni kaki kencing..dh byk orang dia tipu hal duit..ni pun tak tahulah mcmmana tokey kedai ni boleh ambil dia jadi partner.sekarang ni dah ramai orang tengah cari si nazri ni,semua pasal duit yang di tak bayr-bayar lagi..kalau sudah sampai ke KDN nanti,bniaga apa pn orang dah tak prcaya...cz sya pn dh tkena dgn dia ni...tgu masa je dia bayar...

    ReplyDelete
  2. Sahabat Metafhora,

    Begitu menyedihkan dengar pasal Nazri Hood ni, jika dakwaan anda benar. Saya tidak sangka beliau tipu hal duit. Ramai mencarinya? Mengapa tidak kumpul bersama dan pergi membuat laporan di balai polis. Biar polis mengambil tindakan sepatutnya. Jika selesai wat laporan polis, jumpa dengan pihak media, bagitau wartawan siapa En.

    Nazri Hood ini sebenarnya. Tapi pastikan lah anda dan rakan2 ada bukti secukupnya dan selesai buat laporan polis.

    Saya difahamkan Nazri ni pemuda UMNO kawasan Jerlun.

    ReplyDelete
  3. Sahabat Shawn....

    Terima kasih krn entry ini...krn kita manusia biasa yang berurusan dengan penyangak,pemusnah bangsa melayu.
    Sepandai pandai tupai melompat,sampai satu masa akan jatuh jua ke tanah...biarlah polis membuat kerja mereka...

    ya dia pemuda UMNO cawangan jerlun,& saya bahagian Putrajaya.cawangan kami sudah tahu siapa dia.dan untuk pengetahuan saudara shawn UMNO juga tidak akan 'simpan' orang yang macam ini 'lama'..pasti UMNO akan berkubur nanti..

    terima kasih saudaraku....

    ReplyDelete
  4. Sahabat Anonymous, saya percaya setiap perkara atau perbuatan di muka bumi ini ada balasan setimpal dari Yang Maha Pencipta.

    Sekiranya itu hasrat UMNO, saya bergembira dan bersyukur. Moga2 UMNO dapat terus maju membangunkan bangsa dan tanah air tercinta ini.

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah pada org yg bg komen tersebut,mudah-mudahan korang diberi hidayah lg utk tggal diatas muka bumi ini,tuhan saja yg tahu saya menipu org atau x...terima kasih pd org yg beri komen ni,mggukin dia x puas hati dan sakit hati tgk saya senang dan berjaya,kalau saya tipu org mybe saya x keluar paper setiap bulan.biasa la kan mulut manusia ni x pernah tuutup dari bercakap serta menjatuhkan org,ni satu cabaran utk saya maju kehadapan.

    ReplyDelete
  6. Saudara Anonymous,

    Cara anda ini macam Nazri, jika betul apa yang saya rasakan, terima kasih kerana tampil beri komen.

    Metafhora dan anda (jika anda Nazri lah), apa kata kalian berjumpa dan selesaikan jika ada perselisihan faham atau salah tanggapan?

    ReplyDelete
  7. utk apa saya berjmpa,dan saya x pernah kenal pun org tu,saya x pernah utang dia.pompuan tu utang saya lg ada la,padahal mak bapak saya idup merana dgn hutang yg dia telah buat,x perlu saya cakap sape dia.sape2 yg terasa tu.insaflah sbb anda diberi peluang utk insaf dan duk diatas muka bumi nie dgn sihat sejahtera.insyaallah dgn doa ibu saya org tu ditimpa musibah.

    ReplyDelete